Kajian lebih teliti kondisi jalan yang berisiko
Kajian lebih teliti kondisi jalan yang berisiko
Temerloh – Kajian yang lebih teliti melibatkan kondisi jalan dan aliran air perlu dibuat bagi pembinaan jalan yang akan dilakukan pada masa hadapan terutamanya di kawasan tanah tinggi.
Pengerusi jawatankuasa pelancongan, kebudayaan, alam sekitar, perladangan dan komoditi negeri pahang, . Dato’ sri mohd. Sharkar shamsudin berkata kajian ini perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
sebab tulah kita sentiasa memantau dan sentiasa cuba sedaya upaya ..Kita harap supaya pembinaan pembinaan jalan masa masa akan datang dia kena tengok juga laluan air dan sebagainya ..Makna kita kena bersedia kearah itu ..Sebab kita tengok jalan cameron highland yang lama dan jalan freser hill yang lama dia tak banyak runtuh jadi itu satu kajian perlu dibuat
datuk seri mohd sharkar shamsudin
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan dato’ sri sharkar e-sports championship league parlimen temerloh di dewan tun razak hari ini.
Beliau berkata bagi jalan sedia ada yang telah dibina, pemantauan perlu dilakukan secara kerap dan berterusan.
“kajian itu bagi jalan-jalan yang akan dibuat, bagi jalan yang dah dibuat, satu pemantauan secara kerap perlu dilakukan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata liga sukan dalam talian ini merupakan satu platform untuk merapatkan silaturrahim di antara pemain.
“ini satu platform untuk kita semua berkenalan antara satu sama lain, kadang-kandang kita hanya berjumpa di peringkat alam maya sahaja.
“dan ini juga sebagai sebahagian usaha kita untuk mempromosi temerloh di dalam pelancongan dan bidang lain kepada masyarakat,” katanya.
Seramai 54 pasukan iaitu 216 peserta berusia 18 tahun sehingga 40 tahun menyertai pertandingan ini yang melibatkan dua peringkat iaitu antara dewan negeri (dn) dan parlimen temeloh.-SAHIH