KAF SERU PENEROKA DAFTAR PROGRAM IMUNISASI COVID-19
KAF SERU PENEROKA DAFTAR PROGRAM IMUNISASI COVID-19
BENTONG : Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) Wilayah Mempaga meminta semua warga masyarakat FELDA menerima suntikan vaksin COVID-19 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi itu dengan hati terbuka serta tidak terpengaruh dengan gerakan antivaksin yang dipelopori pihak tertentu.
Pengerusinya, Datuk Amizar Abu Adam berkata mungkin ada segelintir peneroka yang akan terpengaruh dengan gerakan seperti itu yang memberi kesan negatif terhadap aspek kesihatan mereka
Jelasnya beliau menyeru kepada ketua ketua rancangan FELDA, ketua peneroka JKKK, JJKR mempromosikan pengambilan vaksin untuk memutuskan rantaian COVID-19.
Katanya vaksin ini telah diuji secara klinikal dan dari segi agama pun ia diharuskan.
DATUK AMIZAR ABU ADAM
Jelasnya , vaksin yang digunakan di negara ini adalah selamat dan vaksin yang digunakan juga terbukti keberkesanan melalui ujian dan kajian saintifik.
“jadi, walaupun kita tahu ada sebahagian kecil mengalami kesan yang tidak serius, vaksin ini penting untuk kita mencegah dari jangkitan covid 19, ” katanya.
Sehubungan itu beliau mengesa kepada semua muda peneroka dan keluarga mereka supaya mendaftar dengan segera dalam laman web yang disediakan.