JURUKIMPAL DIKENAKAN PENJARA 25 TAHUN, 20 SEBATAN KERANA ROGOL ANAK ANGKAT OKU
JURUKIMPAL DIKENAKAN PENJARA 25 TAHUN, 20 SEBATAN KERANA ROGOL ANAK ANGKAT OKU
TEMERLOH: Seorang jurukimpal dipenjara 25 tahun serta 20 sebatan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen Temerloh atas dua pertuduhan merogol kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran berusia 11 tahun, hari ini.
Tertuduh berusia 27 tahun yang juga bapa angkat kepada mangsa mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.
Tertuduh melakukan kesalahan itu antara Jun dan 19 Julai lalu di sebuah rumah pangsa di Jalan Karak-Temerloh dan didakwa di bawah Sekeyen 376 Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dipenjara 10 tahun dan 10 sebatan, manakala kesalahan kedua dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan dan hukuman dijalan secara berasingan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ain Fadilah Mat Ali dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, ibu angkat mangsa seorang suri rumahtangga berusia 33 tahun, menyedari kejadian itu setelah ternampak tompokan darah di atas katil pada 19 Julai lalu, kira-kira jam 2.00 petang.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis oleh ibu angkat mangsa, pada 20 Julai, jam pada jam 2.13 petang, hasil siasatan melalui temubual, mangsa memberitahu bahawa kemaluannya sakit dan susah hendak kencing.
Punca kesakitan yang diberitahu akibat berlakunya kemasukan kemaluan suspek ke dalam kemaluannya dan telah berlaku awal Jun tahun ini, ketika ibu mangsa keluar ke bandar Temerloh.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk pemeriksaan doktor pada 21 Julai dan terdapat kecederaan koyakan baru dan lama pada selaput dara mangsa.-SAHIH.