JUMPA MAYAT DALAM LONGKANG
JUMPA MAYAT DALAM LONGKANG
Taiping: Warga emas ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di dalam longkang berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poey Eng Kuala Sepetang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 8.30 pagi yang menemui mayat lelaki dalam longkang berhampiran sekolah berkenaan.
Menurutnya, polis dibantu anggota bomba dan penyelamat serta petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera ke lokasi.
“Khidmat pasukan bomba diperlukan bagi menaikkan mayat manakala pihak KKM menjalankan pemeriksaan awal dan sanitasi Covid-19.
“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada mangsa.
“Mayat dibawa ke Hospital Taiping dan bedah siasat akan dijalankan selepas ujian Covid-19 diperolehi, “katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, waris mangsa yang hadir di lokasi membuat pengecaman dan mengesahkan mayat itu adalah bapanya, lapor HM online
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.