JUAL ROTI CANAI SAMBIL NIAGA AIR KETUM
Berita Jenayah
JUAL ROTI CANAI SAMBIL NIAGA AIR KETUM
KULIM: Peniaga roti canai yang menjual air ketum di belakang rumahnya di Taman Perak, di sini ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan oleh anggota Balai Polis Kulim Hi-Tech jam 6.30 petang semalam.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah itu menemui tong ais di dapur rumah berkenaan.
“Pemeriksaan lanjut menemui 120 bungkus plastik lut sinar mengandungi cecair disyaki air ketum yang dianggarkan 34 liter.
“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan barang kes dirampas mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azhar berkata, lelaki itu mengaku menjual air ketum di sekitar tempat tinggal sejak enam bulan lalu.
“Hasil ujian saringan air kencing terhadap lelaki mendapati dia negatif, selain tiada rekod lampau,” katanya.