Johari bantu kempen Amizar
Johari bantu kempen Amizar
BENTONG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menyertai rombongan kempen calon BN, Datuk Amizar Abu Adam di Kampung Orang Asli Sungai Bot, dekat Simpang Pelangai.
Johari adalah ahli parlimen Titiwangsa.
Kemeriahan kempen di perkampungan Orang Asli itu dikongsi Amizar melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
“Pagi-pagi lagi hari ini saya bersama-sama Datuk Seri Johari Abdul Ghani ronda-ronda di Kampung OA (Orang Asli) Sungai Bot.
“Apabila bersama dengan masyarakat OA (Orang Asli) ini, memang tak kering gusi saya dibuatnya.
“Ada saja cara mereka nak buat saya ketawa.
“Ada yang melatah sampai menari dan menyanyi.
“Ada yang gurau mengusik saya. Macam-macam.
“Selalu saya ceritakan kepada kawan-kawan saya di ibu kota sana, masyarakat OA (Orang Asli) di Pelangai atau Bentong ini sememangnya terbaik.
“Mudah mesra. Sangat menghormati kita dan layan kita seperti sebahagian keluarga mereka,” tulisnya.
Amizar turut menekankan pendekatan dan kemesraan itu menjadi agenda utama dalam konsep yang ingin dibawa untuk pengundi di Pelangai.
“Inilah keluarga #PelangaiKita dalam ‘Ikhtiar Pelangai’ yang saya ingin bawa dan juangkan,” katanya.- SAHIH