JKSP Hospital Sultan Idris santuni PJMM
Foto atas : Rosalina Sabarin (tengah) mencabut undi untuk menyertai acara sukaneka yang turut membabitkan warga emas.
Rosalina Sabarin (tengah) mencabut undi untuk menyertai acara sukaneka yang turut membabitkan warga emas.
JKSP Hospital Sultan Idris santuni PJMM
Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, memilih untuk mengadakan program Hari Keluarga di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), baru-baru ini.
Pusat jagaan itu dipilih sebagai satu keperluan seorang pesakit di hospital kerana keadaan itu dapat diamati apabila bersama warga emas di PJMM yang uzur serta bergantung kepada peralatan kesihatan.
Ketua JKSP hospital itu, Rosalina Sabarin, berkata kalau di hospital, mereka akan melakukan tugas antaranya meneliti keperluan pesakit yang mendapatkan rawatan dari segi peralatan kesihatan bersesuaian dengan mereka untuk digunakan.
“Penelitian itu akan membabitkan banyak perkara termasuklah penyakit yang dihidapi, kemampuan untuk berdikari, bergerak, kawasan atau tempat digunakan dan sebagainya supaya peralatan yang disediakan mampu digunakan.
“Mereka boleh memberi tunjuk ajar atau membimbing warga emas terbabit cara yang betul menggunakan peralatan kesihatan seperti kerusi roda supaya tidak menjadi bebanan apabila hendak bergerak ke satu-satu tempat,” katanya.
Sementara itu seorang kakitangan JKSP yang ditemui, Aidah Jaamat, berkata program itu bukan semata-mata Hari Keluarga, ia juga sebagai tempat untuk berkongsi pengalaman pengurusan warga emas yang uzur kerana tidak jauh berbeza dengan menyantuni pesakit di hospital.
“Setiap kakitangan JKSP juga tidak dapat mengelak pelbagai karenah pesakit apabila membuat perincian peralatan kesihatan yang mereka perlu gunakan supaya tidak memberi kemudaratan kepada penyakit dihidapi.
“Di PJMM itu sambil kakitangan bergembira pada Hari Keluarga juga berpeluang melihat lagak serta pelbagai gaya warga emas menggunakan peralatan kesihatan terutamanya kerusi roda atau tongkat untuk membantu mereka lancar bergerak,” katanya.-SAHIH.