JKKN PAHANG ANJUR PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HARI KEBANGSAAN
JKKN PAHANG ANJUR PERTANDINGAN VIDEO PENDEK HARI KEBANGSAAN
KUANTAN: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Pahang menganjurkan Pertandingan Video Pendek Seni Budaya dan Nilai-Nilai Murni 2021 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini.
Orang ramai dipelawa menyerlahkan bakat kreatif masing-masing dengan menyertai pertandingan itu yang diadakan secara percuma dan terbuka kepada warganegara Malaysia secara individu atau berkumpulan di negeri Pahang.
Video yang dihasilkan untuk menyertai pertandingan itu adalah bertema Hari Kebangsaan dan nilai-nilai murni berdurasi tidak melebihi 2 minit termasuk montaj dan kredit penghargaan sekiranya ada.
Penghasilan video itu mengikut kreativiti masing-masing dengan Bahasa Melayu serta menggunakan format MP4 dan MOV bagi tujuan penerbitan semula.
Video yang dihantar perlulah hasil karya baharu yang belum diterbitkan di mana-mana medium sebelum ini dan penghasilan dilarang menyentuh isu sensitiviti agama, kaum, politik atau usnusr negatif.
Semua hasil karya masing-masing perlu dihantar menggunakan salinan lembut (soft copy) pendrive dan wajib sampai kepada pihak penganjur selewat-lewatnya 6 September. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Pertandingan: 09-5178466.
Hadiah tempat pertama akan menerima RM1,000 dan sijil; kedua, RM700 dan sijil dan ketiga, RM500 dan sijil.-SAHIH.