JERING SEDAP DIMAKAN
JERING SEDAP DIMAKAN
Jering dalam bahasa latin dipanggil Pithecollobium Jiringa atau Pithecollobium Labatum adalah tumbuhan yang banyak di dapati di wilayah Asia Tenggara seperti Thailand, Myammar, Indonesia dan Malaysia.
Jering sangat berbau tidak menyenangkan, bau itu sebenarnya adalah asid amino yang terkandung di dalam biji jering. Asid amino itu didominasi oleh asid amino yang mengandung unsur Sulfur.

Hasil penelitian menunjukkan jering kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan saponin.
Kandungan vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 miligram (mg), sedangkan keperluan kita per hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.
Jering boleh dibuat jeruk, dimakan secara mentah sebagai ulam atau dimasak.

Manakala jering yang agak tua disemai dalam tanah dan biarkan kira-kira seminggu sehingga keluar akar mudanya, Kemudian diambil dan dibersihkan serta direbus sehingga masak.
Jering yang disemai itu direbus dan boleh dimakan bersama kelapa muda yang parut dan dicampur gula. Sesuai dimakan di serambi rumah dengan hidangan air kopi di waktu petang.
Selain itu jering semai boleh juga dimasukkan ke dalam gulai masam tempoyak bercampur sayur-sayuran. Jering yang rincih-rincih itu turut boleh dibuat sambal tumis jering dicampur ikan bilis.-SAHIH.