JEPUN LULUS VAKSIN PERTAMA MENJELANG OLIMPIK
JEPUN LULUS VAKSIN PERTAMA MENJELANG OLIMPIK
TOKYO: Jepun hari ini meluluskan vaksin COVID-19 pertamanya, sekali gus membuka jalan untuk vaksinasi besar-besaran di saat negara itu bersiap untuk penganjuran sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan sebelum ini.
Pejabat Perdana Menteri, melalui ciapan di Twitter, mengesahkan mengenai kelulusan vaksin terbabit.
“Kementerian Kesihatan hari ini memberikan kelulusan istimewa terhadap vaksin Pfizer,” katanya di Twitter.
Jepun dijangka mengagihkan vaksin Pfizer/BioNTech kepada 10,000 hingga 20,000 kakitangan perubatan, sebelum meluaskannya kepada lebih ramai golongan barisan hadapan dan warga emas bermula April ini.
GAMBAR HIASAN
Kerajaan sehingga kini masih belum menetapkan jadual pelancaran yang tepat untuk keseluruhan penduduk yang berjumlah 126 juta orang.
Wakil dari Olimpik menegaskan Sukan Tokyo akan berlangsung walaupun COVID-19 sehingga kini masih menguasai dunia, lapor AFP.
Atlet dan peserta lain tidak diwajibkan mengambil suntikan vaksin, namun ia digalakkan bagi menyertai acara sukan terbesar dunia itu.
Jepun kini berusaha untuk mendapatkan jarum suntikan khas yang mencukupi untuk dapat mengeluarkan enam dos penuh dari setiap botol vaksin Pfizer.
Jarum suntikan biasa bagaimanapun hanya dapat mengeluarkan lima dos pada satu masa.