JENAMA SEMULA TIDAK REDAKAN MARAH RAKYAT
KERAJAAN PERLU TAHU RISIKO HIDUPKAN JASA SEBAGAI J-KOM
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat langkah kerajaan untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) tidak mampu meredakan kemarahan rakyat.
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
“Saya tak yakin langkah untuk jenamakan semula nama JASA kepada J-KOM mampu meredakan keadaan.
“Saya tengok ramai komen atau posting pro-PN (Perikatan Nasional) sekarang sedang dibalas dengan komen ‘Ha! Budak JASA RM85 juta dah mula buat kerja’.
“Jika hanya dijenamakan semula, saya rasa komen balasan cuma bertukar menjadi ‘Ha! Budak J-KOM RM85 juta dah mula buat kerja’.
“Jadi, segala propaganda yang menyebelahi kerajaan PN akan menjadi kurang berkesan,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.
Najib yang merupakan anggota parlimen Pekan juga berharap kerajaan sedar akan kewujudan risiko penubuhan unit J-KOM.
“Kerajaan perlu sedar wujudkan risiko (penubuhan J-KOM) ini,” jelasnya dipetik dari Malaysiakini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Saifuddin Abdullah berkata kerajaan bersetuju untuk menjenamakan semula JASA kepada J-KOM.