JEMAAH MENTERI TAK AMBIL GAJI TIGA BULAN MULAI JUN
JEMAAH MENTERI TAK AMBIL GAJI TIGA BULAN MULAI JUN
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sebagai tanda sokongan, jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji tiga bulan mulai Jun ini.
Perdana Menteri berkata, gaji yang tidak diambil akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.Selain itu, sebanyak RM2.1 bilion lagi diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).“Bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti, lapor Utusan Online.
“Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.“Golongan bujang pula akan menerima RM100,” kata beliau ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).