JEMAAH DIJEMPUT MELALUI APLIKASI WHASSAPP UNTUK SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI MTMAJ
JEMAAH DIJEMPUT MELALUI APLIKASI WHASSAPP UNTUK SOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI MTMAJ
DIHARAP JEMAAH BOLEH DITAMBAH BERDASARKAN SAIZ DAN KAPASITI MASJID
JERANTUT: Jemaah untuk menunaikan ibadah solat sunat Aidil Adha di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut (MTMAJ) dijemput melalui aplikasi Whassapp sehari sebelum sambutan hari kebesaran itu, khusus untuk ahli kariah masjid itu.
Solat sunat hari raya Aidil Adha yang diadakan di masjid itu menepati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diarah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pagi ini.
Seramai 160 orang jemaah bertuah untuk menjalankan ibadah solat sunat itu adalah melalui jemputan melalui aplikasi itu yang dikendalikan oleh jawatankuasa masjid.
Imam Satu MTMAJ, Mohd Fikri Hamzah berkata, semua jemaah yang hadir dijemput melalui aplikasi media sosial itu khusus kepada ahli kariah masjid yang telah mendaftar sebelum ini.
“Alhamdulillah perjalanan solat sunat Aidil Adha hari ini seramai 160 orang berjalan lancar dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan, termasuk yang dijemput saat akhir kerana jemaah asal yang dipilih tidak dapat hadir,” katanya.
Penghulu Mukim Tebing Tinggi, Zulkifly Zaadun Zabir berkata, beliau berterima kasih kerana terpilih untuk menunai solat sunat itu.
“Ini adalah satu peluang yang diberikan kepada kariah masjid ini dan perjalanan pentadbiran menjemput kariah adalah terbaik.
“Saya terharu dan berbesar hati apabila mendapatkan jemputan petang semalam kerana terpilih untuk menunai solat sunat, terima kasih barisan kepimpinan masjid,”katanya.
Penduduk Taman Inderapura, Ghazali Mahyuddin berkata, bersyukur kerana selesai menunaikan solat Aidil Adha, terima kasih jawatankuasa dan jemaah mengikuti SOP yang ketat dengan baik,”katanya.
“Perjalanan pentadbiran melaksanakan jemputan ahli kariah sangat lancar, notis jemputan juga sesuai dan jemaah yang dipilih sudah sedia maklum dan bersedia,” katanya.
Penduduk Taman Impian dekat sini, Sabri Abdullah sangat berterima kasih kepada MKN kerana membenar dan menambah bilangan jemaah kepada 160 orang untuk bersolat, semua jemaah dan dibantu oleh jawatankuasa MTMAJ mengikut SOP.
“Saya berharap, bilangan jemaah boleh ditambah berdasarkan saiz sesebuah masjid atau surau itu, saya lihat masih ada kawasan kosong di belakang dan dianggarkan boleh memuatkan kira-kira 200 jemaah lagi di masjid ini,” katanya.-SAHIH.