JATUH GAUNG, PEMANDU LORI MAUT MANAKALA KELINDAN CEDERA
JATUH GAUNG, PEMANDU LORI MAUT MANAKALA KELINDAN CEDERA
JULAU: Pemandu maut dan kelindan cedera selepas lori yang membawa muatan pembinaan terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Merurum, di sini, tengah hari tadi.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari itu melibatkan sebuah lori yang dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali Raddy Gudet berusia 37 tahun disahkan maut akibat tersepit ditempat duduk di lokasi kejadian.
Katanya, pasukan bomba mengambil masa hampir 3 jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, lapor KOSMO online
Manakala kelindan yang cedera dikenali Boniface Beruang, berusia 25 tahun, berjaya keluar sendiri dan dikejarkan ke klinik kesihatan Ng. Sekalong oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.