JANGAN TERPERDAYA MINUMAN PENAWAR COVID-19
JANGAN TERPERDAYA MINUMAN PENAWAR COVID-19
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan terdapat minuman yang boleh mengubati jangkitan Covid-19.
KOSMO! ONLINE melaporkan, KKM dalam satu kenyataan berkata, terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual minuman tersebut di media sosial.
![]()
“Ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual minuman yang kononnya penawar bagi virus Covid-19,” kata KKM di laman Facebook kementerian itu hari ini.
Sehubungan itu, KKM memohon orang ramai supaya tidak mudah dengan dakwaan berkenaan kerana perkara itu tidak benar.
