JANGAN PERLAKUKAN DUA BEKAS ADUN MELAKA SEPERTI MUSUH NEGERI
MELAKA: Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin hari ini mendakwa dua bekas Adun Melaka yang menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan negeri pimpinan BN-PN, dilayan seperti “musuh” kepada negeri itu.
Bercakap dalam sidang hari ini, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu meminta kerajaan sementara negeri Melaka supaya menghentikan perbuatan ‘buli’ tersebut,”katanya melalui Malaysiakini, hari ini.
Dua Adun berkenaan ialah Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
“Kita dapat laporan daripada kedua-dua mantan wakil rakyat, (Norhizam & Effandi) bagaimana mereka diperlakukan di negeri Melaka bagai enemy of the state.
“Kalau pembubaran (DUN) itu berlaku, sewajarnya tak ada lagi mana mana wakil rakyat, exco yang terus guna fasiliti kerajaan, janganlah layan mantan ini sebagai enemy of the state.
Katanya, semua tahu ini prinsip manusiawi, harus ikut dan hormat dan jangan anggap mereka tiada langsung jasa kepada kerajaan Melaka.
Norhizam, yang juga bekas exco, mendakwa kerajaan sementara Melaka telah mengarahkan tiga daripada mereka untuk tidak lagi menggunakan kemudahan kerajaan negeri.
“Bila dah tiada wakil rakyat, maka tiada exco lagi, jadi fasiliti seperti pusat khidmat masyarakat, itu tidak bagi kita masuk, dia (kerajaan negeri) nak ambil balik, malah kereta rasmi itu panggil kita pulang balik. Tak apalah, kita boleh pulang balik, itu bukan hak kita.
“Tapi yang tidak adil ialah apabila tiga exco ini terpaksa pulangkan kemudahan rasmi dan juga pusat khidmat masyarakat, enam lagi boleh bebas dan tak pulangkan macam bapak dia punya,” katanya.
Norhizam dan Effandi adalah antara empat Adun yang menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri pimpinan BN-Perikatan Nasional, yang menyebabkan pembubaran DUN Melaka dan secara automatik membuka laluan bagi pilihan negeri.
Dua Adun lain ialah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor) dan Idris Haron (Umno-Sungai Udang).
Penarikan balik sokongan mereka menyebabkan Sulaiman, yang juga merupakan pemimpin Umno hilang majoriti sebagai ketua menteri.