JANGAN PANIK, BEKALAN BARANGAN RUNCIT MENCUKUPI DI PAHANG
JANGAN PANIK, BEKALAN BARANGAN RUNCIT MENCUKUPI DI PAHANG
JERANTUT: Orang ramai jangan panik dengan membuat pembelian dalam kuantiti luar biasa kerana bekalan barangan runcit dan kegunaan harian mencukupi serta premis perniagaan bekalan makanan dan peruncitan di Pahang dibuka seperti biasa
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah berkata, pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh (SPP) mulai 1 Jun menyatakan premis perniagaan ditutup mulai 8.00 malam dan farmasi ditutup pada jam 10.00 malam, tetapi orang ramai tetap mendapat bekalan seperti biasa.
Katanya dalam masa yang sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemantauan dan memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi dan diharap tiada pembelian panik atau dalam kuantiti yang banyak.
“Jangan panik, jangan khuatir dan tidak perlu bimbang kerana barangan keperluan dan makanan mencukupi serta mudah diperolehi, walaupun dilaksanakan sekatan pergerakan penuh .
“Orang ramai yang tahu jika ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan, diminta membuat laporan segera melalui online agar tindakan segera dapat diambil, ” selepas menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang Aidil Fitri 2021 serta Bantuan yang terkesan COVID-19 di Dewan Undangan (DUN) Pulau Tawar bersama Task Force Umno Bahagian Jerantut hari ini.
Katanya semua anggota KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan harian di semua premis perniagaan termasuk di kawasan luar bandar.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar berkata, selain premis perniagaan KPDNHEP Pahang akan turut membuat pemantauan terhadap peruncit, pemborong dan pengilang.
“Nazri berkata, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan di Pahang yang berterusan dan mudah diperoleh.
Sementara itu, tinjauan di sekitar bandar Jerantut terutamanya di pasaraya mendapati orang ramai tidak melakukan pembelian panik dan suasananya adalah seperti biasa.-SAHIH.