Jangan mansuh Touch And Go dan Smart Tag
Jangan mansuh Touch And Go dan Smart Tag
KUALA LUMPUR – Banyak keluhan netizen melalui media sosial yang tular mempersoalkan kenapa perlu mansuhkan penggunaan Touch and Go (TNG) dan Smart Tag yang telah diakui baik dan diganti pula dengan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID ) untuk bayaran caj tol.
Baru dalam tempoh percubaan, RFID telah memberi kesukaran kerana kegagalan sistem tersebut kepada pengguna lebuh raya Sungai Besi di Plaza Tol Bandar Seri Putra, baru-baru ini.
Satu hantaran dalam Facebook menyatakan, kenapa nak dimansuhkan TNG, sedangkan ianya ‘very user friendly’ dan TNG boleh dibawa dan digunakan di tempat lain seperti untuk parkir, pengangkutan awam di sekitar ibu kota.
Selain itu boleh digunakan di kereta sendiri dan kereta kita yang lain jika ada beberapa kereta, tidak risau jika kereta tinggal di workshop pasal TNG di tangan kita. Mudah sangat ‘top-up’ TNG di petrol station dan di tempat lain.
Manakala keburukan RFID pula tidak boleh dibawa dan diguna untuk kereta lain, kalau kita ada beberapa kereta.
Kena beli banyak RFID, sudahlah satu pelekat berharga RM35, ini hisap darah rakyat, susahkan orang sahaja.
Kalau orang nak pinjam kereta kita, sudah tentu RFID kita dia pinjam sekali , naya kita, bimbang nak tinggalkan kereta di workshop takut RFID kena guna oleh orang workshop.
Sistem RFID tidak ‘user friendly’ , susahkan orang, bukan semua orang boleh dan mampu, kalau orang kampung dan orang tua adalah susah untuk mereka untuk ‘top guna’ melalui sistem atas talian.
TNG mudah digunakan dan tidak ada agenda hisap darah rakyat macam RFID, teruskan penggunaan TNG dan Smart Tag. RFID lebih memberi keuntungan kepada syarikat yang kendali RFID, tiada win-win.-SAHIH.