Jamuan Hari Raya Menteri Besar Pahang dihadiri 15,000 tetamu perkukuh ikatan kaum
Jamuan Hari Raya Menteri Besar Pahang dihadiri 15,000 tetamu perkukuh ikatan kaum
KUANTAN: Kehadiran sekitarl 15,000 tetamu di Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Kuantan berjaya mengukuhkan perpaduan dan ikatan kaum di negara ini.
Menteri Besar ternyata terharu dan gembira dengan kehadiran semua lapisan rakyat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan semalam bermula 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Menurutnya, semangat perpaduan antara rakyat terus terjalin dengan kukuh, harmoni dan muhibah sekali gus keamanan negara kekal menjadi model negara luar.
“ Oleh itu kekal dan perkukuhkan semangat kekitaan sayangi negeri dan negara untuk diri sendiri, keluarga dan generasi pewaris akan datang.
” Terima kasih kepada kepada seluruh masyarakat di negeri ini yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat negeri ini’ katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Seorang tetamu dari Felda Jengka 24, Razak Daud mengakui memang menanti Rumah Terbuka Menteri Besar walaupun jauh lebih 160 kilometer kerana terpesona dengan gaya kepimpinan Wan Rosdy menerajui kerajaan negeri.
‘ Saya hadir bersama keluarga semata- mata untuk bersua dan bertentang mata dengan pemimpin utama negeri yang berjaya mengutip hasil lebih RM2 bilion dalam tempoh dua tahun.
” Orang ramai hadir bukan semata untuk berhari raya tetapi mereka sebenarnya ingin bertemu dengan Menteri Besar kesayangan mereka dapat beramah mesra malah dapat bergambar dan berselfie.
Razak berkata, sepanjang majlis berlangsung Menteri Besar sentiasa bermesra dan menyapa pengunjung terdiri pelbagai bangsa.
Menurutnya, tetamu yang hadir bukan sahaja dari sekitar kuantan malah dari Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Bentong, Lipis, Raub juga hadir.-SAHIH