JAMBATAN BAILEY SIAP DALAM MASA 17 JAM
JAMBATAN BAILEY SIAP DALAM MASA 17 JAM
JERANTUT : Kira-kira 1,000 penduduk Sungai Putat, Kampung Doja dan Kampung Sungai Yap gembira dan berterima kasih kepada pihak kerajaan dengan pembinaan jambatan Compact Bailey untuk menyeberangi Sungai Beletir disiapkan menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal disambut lusa.
Jambatan sepanjang 24 meter dan 5 meter lebar itu disiapkan dengan mengambil masa 17 jam oleh 80 orang anggota Rejimen Askar Di Raja Kor Jurutera daripada Kem Terendak, Melaka dan Kem Batu 3 Mentakab, Temerloh diketuai oleh Kolonel Mohd Hanapiah Harun dari Kem Terendak.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Razak Daud berkata, pembinaan jambatan bailey itu untuk menggantikan jambatan batang kelapa dan kayu hutan yang dibaikki sebagai lantai jambatan itu yang telah rosak sebelum ini oleh penduduk setempat direalisasikan.
“Saya menucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Nazri Ngah telah memohon bantuan Kementerian Pertahanan untuk membaiki jambatan itu dan siap digunakan sebelum hari raya Aidilfitri.
AJK UMNO JERANTUT, RAZAK DAUD
“Tidak lupa juga kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut bersimpati dengan masalah penduduk di sini dan meluluskan pembinaan jambatan ini dengan segera,”katanya.
Katanya, ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang menghadapi kesukaran dapat dibantu dengan segera untuk kemudahan bersama.
Sementara itu, penduduk Kampung Sungai Putat, Mohd Zain Awang, 50, berkata, dia dan penduduk gembira jambatan bailey yang menggantikan dengan jambatan lama untuk menyeberangi Sungai Beletir di kampung tersebut dapat disiapkan sebelum sambutan hari raya.
“Jambatan ini sebagai hadiah kepada penduduk di sini dan sambutan hari raya bertambah meriah kerana laluan itu menghubungkan tiga kampung dan sebagai laluan untuk keluar ke bandar serta ke kebun sawit,” katanya.-SAHIH.