JAMBATAN BAILEY HADIAH AIDILFITRI BUAT PENDUDUK SUNGAI PUTAT
JAMBATAN BAILEY HADIAH AIDILFITRI BUAT PENDUDUK SUNGAI PUTAT
JERANTUT: Laluan jambatan Bailey menggantikan jambatan kecil yang rosak akibat banjir awal tahun di Kampung Sungai Putat, Jerantut, Pahang dibuka kepada penduduk semalam.
Jambatan dibina Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) itu siap dalam tempoh kira-kira 17 jam.
Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai dua pegawai dan 58 anggota daripada Skuadron Ke-9 dan ke-11 RAJD (Mekanize) membanting tulang bagi membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri (NADMA).
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Beliau berkata, mereka turut mendapat bantuan teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Jerantut sepanjang melaksanakan pemasangan jambatan berkenaan.
Jambatan itu bagi kegunaan penduduk di Kampung Sungai Putat, Kampung Doja dan Kampung Sungai Yap untuk ke bandar Jerantut dan menghantar anak ke sekolah di FELDA Padang Piol.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Penduduk Kampung Sungai Putat, Suriana Hishamuddin berkata, dia dan penduduk bersyukur mendapat tahu kerajaan akan menggantikan jambatan lama Sungai Beletir di kampung itu dengan jambatan Bailey dan ia merupakan hadiah Aidilfitri buat penduduk.
“Terima kasih kepada Datuk Seri (Ismail Sabri) dan semua anggota tentera yang bertungkus lumus menyiapkan jambatan ini.
“Memang jambatan lama sudah terlalu uzur dan kejadian banjir awal tahun ini memburukkan lagi keadaan.
SURIANA HISHAMUDDIN
“Kami penduduk Kampung Sungai Putat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak, terutamanya pada tentera yang sudi membantu kami menyiapkan jambatan ini,” katanya.- SAHIH