Jalan Jerantut – Temerloh masih dilalui
Foto atas : Orang ramai masih boleh menggunakan laluan lencongan ke jambatan baru (kanan) yang dibuka dua hala untuk sementara waktu.
Jalan Jerantut – Temerloh masih dilalui
JERANTUT – Jalan Temerloh-Jerantut yang diberitakan ditutup kepada semua jenis kenderaan hanya berlaku kepada laluan menggunakan jambatan lama ekoran berlaku hakisan tanah di permukaan dinding penampan jambatan itu.
Namun, orang ramai masih boleh menggunakan laluan lencongan ke jambatan baru yang dibuka dua hala untuk sementara waktu.
“Ketika ini pihak JKR telah memasang tanda amaran lencongan di tapak runtuhan tersebut, dan pemantauan berterusan di kawasan runtuhan turut dilakukan dari semasa ke semasa.
“Malah pihaknya juga telah menghantar notis permohonan untuk pembaikan,”menurut kenyataan tersebut.
Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan status bencana yang melibatkan laluan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di Portal eBencana JKR di laman web http://bencanaalam.jkr.gov.my dan di talian hotline 03-26107727.-SAHIH.