ISU AUDIO ZAHID-ANWAR TIDAK PECAH BELAH UMNO
ISU AUDIO ZAHID-ANWAR TIDAK PECAH BELAH UMNO
JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat, isu audio yang dikatakan perbualan mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memecahbelahkan parti.
Beliau berkata, semua pihak atau ahli parti bebas mengeluarkan pandangan berkenaan audio tersebut dan UMNO tidak pernah menyekatnya, lapor Sinar Harian.
GAMBAR HIASAN
“Saya tak nak kata pecah-belah parti tetapi perbezaan pandangan itu ada. Ada yang kata rakaman audio itu betul, ada yang kata palsu.
“Jadi yang terbaik (hasil) ialah siasatan polis (dan) laporan polis sudah dibuat oleh beberapa ahli dalam UMNO. Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani) pun dalam kenyataan semalam (Jumaat) memaklumkan kertas siasatan akan dibuka,” katanya.