ISTERI RESAH SUAMI BELI KOPI WANITA SEKSI
ISTERI RESAH SUAMI BELI KOPI WANITA SEKSI
JAKARTA: Gelagat seorang penjual kopi wanita yang berpakaian seksi di Pulau Bali di Indonesia yang tular di media sosial beberapa hari lalu mengundang rasa kurang selesa di kalangan isteri apabila suami mereka dikatakan kerap berkunjung ke gerai berkenaan semasa keluar memancing ikan di lokasi sama.
Satu imej tangkap layar mesej perbualan WhatsApp yang tular antara seorang isteri kepada suaminya dimuat naik di Instagram @sekehedemenbali mendedahkan lelaki berkenaan telah diberi amaran keras supaya tidak membeli minuman kopi daripada wanita seksi itu.
Portal suara.com kelmarin melaporkan penghantar mesej dengan nama Mama mengirim mesej gambar kombinasi penjual kopi seksi itu beserta amaran keras kepada suami sendiri.
GAMBAR IHSAN SUARA.COM
“Jangan cuba singgah ke sini kalau keluar pergi memancing,” tulis isterinya.
Mesej itu dibalas dengan nada bergurau oleh suami hingga menimbulkan rasa marah isteri.
Status tersebut mengundang banyak komen netizen setempat yang meluahkan rasa simpati terhadap golongan suami yang dihalang memancing berhampiran Pulau Bali.
“Kasihan mereka. Mungkin para suami tidak lagi diizinkan untuk keluar memancing di situ selepas ini,” komen seorang netizen, lapor Agensi.
Terdahulu, kisah wanita penjual kopi seksi di Pulau Bali tular di media sosial gara-gara memakai skirt mini berwarna merah dan baju T kelabu serta kelihatan menggiurkan ketika menghidangkan kopi kepada para pelanggannya.
Wanita itu dilaporkan menunggang sebuah skuter berwarna merah yang diubah suai pada bahagian belakang sebagai gerai minuman dan menjalankan perniagaan di tepi jalan.
Sejak berniaga di situ, rata-rata pelanggannya dikatakan golongan pemancing yang lazimnya berkumpul di situ.