Isteri Guru Besar meninggal ketika lahir anak pertama
Kisah dan teladan : Isteri Guru Besar meninggal ketika lahir anak pertama
Foto atas: Gambar hiasan
Guru Besar kesal tak luluskan cuti seorang cikgu, isteri cikgu tersebut meninggal ketika lahir anak pertama tanpa suami disisi. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya di tangan tuhan. Kita umatnya sedikit pun tak pernah tahu bila segalanya akan berlaku melainkan takdir Allah SWT.
Kita sebagai manusia harus sentiasa berbuat baik kepada setiap inci bumi; manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan segala yang telah dikurniakan. Kita tak pernah tahu atau sedar, setiap kebaikan yang kita buat pasti akan terbalas, samada cepat atau lambat.
Perkongsian kali ini pasti menghambat hati sesiapa sahaja yang membacanya kerana tanpa sengaja, ketegasan mengatasi budi baik. Apalah salahnya jika beliau (guru besar) beri cuti kepada guru itu kerana ingin menemani isteri yang sedang dalam kesakitan melahirkan.
Ikuti coretan Tuan Kamarul, semoga menginspirasikan anda semua terutama kepada majikan di luar sana.
Tangisan Guru Besar Ini Tidak Berguna Lagi.
Cikgu Ismail terpaku, terkejut. Berdiri di hadapan pegawai polis. Wajahnya memandang tepat kepada Guru Besar, yang tunduk sambil berdiri tegak juga di hadapannya.
Kertas telegram yang baru dibaca oleh Guru Besar itu terlepas dari tangan. Seluruh sendinya menjadi lemah. Beliau hampir jatuh. Sempat dipegang oleh pegawai polis itu dan dibantu duduk di atas kerusi.
Saat itu semua orang di dalam bilik guru berdiri, kehairanan, memandang kepada mereka bertiga.
“Maafkan saya, Cikgu!,” kata-kata pertama daripada Guru Besar dengan nada penuh penyesalan.
Cikgu Ismail terbayang kembali. Di saat dia memohon cuti, untuk balik ke kampung, menemani isterinya bersalin anak pertama. Guru Besar itu dengan tegas tidak meluluskan permohonan cutinya.
Dia kecewa, sambil bergerak meninggalkan bilik. Marah, kecewa. Namun mengikut perintah. Isteri jauh di kampung.
Hari ini diterima berita. Isteri Guru Besar meninggal ketika melahirkan anak pertama mereka. Sedih. Kecewa. Di saat menerima berita. Bergenang air mata semua orang di situ.
Rasa bersalah hadir bertamu di hati Guru Besar. Serba salah ketika membuat keputusan tempohari. Kalaulah dia menggunakan budi bicara, kalaulah dia mencari guru lain menggantikan Cikgu Ismail untuk satu hari sahaja, kalaulah kemanusiaan melebihi peraturan, kalaulah….
Peristiwa ini berlaku di Daerah Hulu Perak zaman dahulu. Diceritakan kepada saya oleh seorang bekas guru besar. Ia mengingatkan saya untuk menggunakan budi bicara semasa membuat keputusan, apabila perlu.
Minggu depan, jika anak kepada seorang guru akan menjalani operasi pembedahan jantung berlubang di IJN. Kalau saya seorang GB, saya tidak tunggu guru saya memohon cuti. Saya akan paksa dia bercuti untuk bersama isteri ketika pembedahan anaknya.
Ingat. Untuk kita semua.
1. Kita hidup bukan untuk kerja. Kita kerja untuk hidup.
2. Jika esok kita mati, lusa boss akan cari pengganti. Mereka tidak pernah peduli berapa banyak pengorbanan anda untuk syarikat.
3. Apabila kita hilang kerja atau sakit, bukan boss dan pangkat akan teman kita dan terus bagi gaji. Anak dan isteri atau suami atau ibubapa yang akan tetap di sisi.
SUMBER : Gemilang daily.