ISTANA TANGGUH SESI MENGHADAP MAT SABU, GUAN ENG
KUALA LUMPUR: Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan 21 Oktober, ditangguhkan.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, hal berkenaan disampaikan pegawai kanan YDP Agong.
Menurut kenyataan itu, sepatutnya Lim dijadual mengadap YDP Agong pada hari ini manakala Mohamad pada minggu depan.
“Namun, semalam setiausaha sulit kanan baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku ditangguhkan.
“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” kata Mohamad dan Lim.
Sumber: Malaysiakini