IPD BENTONG SIASAT AGEN TAWAR SLOT VAKSIN COVID-19 SEHINGGA RM300
IPD BENTONG SIASAT AGEN TAWAR SLOT VAKSIN COVID-19 SEHINGGA RM300
BENTONG: Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan menyiasat berkaitan dengan aduan seorang wanita tempatan berusia 31 tahun yang mendakwa terdapat agen yang menawarkan slot vaksin Covid-19 dengan bayaran antara RM100 hingga RM300.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada jam 12.30 tengahari, semalam.
Katanya, wanita berkenaan merupakan wakil daripada sebuah parti politik telah membuat laporan polis dan setakat ini hanya menerima satu laporan sahaja berkaitan kes tersebut.
Zaiham memohon individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penjualan vaksin Covid-19 seperti yang didakwa itu agar menghubungi IPD Bentong di di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-SAHIH.