Industri durian Pahang terus berkembang
Industri durian Pahang terus berkembang
BENTONG – Keunikan rasa durian dari Pahang sentiasa menjadi sebutan bukan sahaja dalam negara, tetapi turut dikenali di peringkat global.
Justeru, penganjuran karnival ‘Raja Buah’ itu sentiasa mendapat sambutan luar jangkaan.
Baru-baru ini, berlangsung Karnival Durian Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Padang Awam Telemong, dekat sini.
Program itu dihadiri ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang.
“Saya menerima jemputan daripada Persatuan Buah-buahan Telemong sempena Karnival Durian yang diadakan selama dua hari.
“Program yang sangat meriah… pelbagai jenis durian dijual kepada pengunjung,” kongsi Amizar melalui satu hantaran di Facebook.
Antara jenis durian disediakan kepada pengunjung pada karnival itu adalah Musang King, Blacktorn, Tekka, durian Kampung dan pelbagai lagi.
Turut diadakan pameran oleh agensi dan jabatan kerajaan serta swasta.
“Pengunjung juga boleh menikmati durian percuma disediakan pihak penganjur,” katanya lagi. – sahih