INDONESIA TEMUI SERPIHAN KRI NANGGALA
INDONESIA TEMUI SERPIHAN KRI NANGGALA
BALI, Indonesia – Indonesia berkata hari ini bahawa pihaknya menemui serpihan berasal daripada sebuah kapal selam yang hilang bersama 53 kru di perairan Bali.
Turut ditemui termasuk komponen dan barangan di dalam kapal selam tersebut, KRI Nanggala 402.
“Sejak beberapa hari lalu, kami menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam,” kata ketua Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Laut, Yudo Margono kepada pemberita.
Kapal selam KRI Nanggala 402 buatan Jerman itu dijadualkan melakukan latihan menembak torpedo apabila ia meminta kebenaran untuk menyelam pada minggu ini. Kapal selam tersebut terputus hubungan tidak lama kemudian, lapor Agensi.