IDENTITI 5 MANGSA RENTUNG DIKENAL PASTI
KLANG: Identiti lima mangsa rentung akibat kebakaran di Lorong Mokhtar Kampung Delek Kanan,di sini, awal pagi tadi telah dikenal pasti.
Mereka terdiri daripada Ubaidilah Ayob,48 yang merupakan warga Kemboja.
Sementara empat sekeluarga pula adalah Fauzi Daut, 44, dan isterinya warga Kemboja, Sarimah Yusuf, 37; kakak Fauzi, Fauziah,50, dan anak saudaranya, Mohd Amirudin Ali, 12 tahun.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, empat daripada mereka ditemukan di dalam bilik air manakala kanak-kanak tersebut dijumpai di luar bilik air.
“Kita percaya mereka bersembunyi di bilik air dengan harapan lokasi itu boleh menyelamatkan mereka,”katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati bilik air menjadi pilihan terakhir kerana panik tidak dapat keluar daripada laluan pintu dapur rumah kerana telah terkunci.