IC HILANG? INI KADAR DENDA DAN PROSEDUR PERMOHONAN MYKAD ONLINE
IC HILANG? INI KADAR DENDA DAN PROSEDUR PERMOHONAN MYKAD ONLINE
MyKad atau kad pengenalan adalah salah satu dokumen peribadi yang perlu kita bawa ke mana-mana.
Disebabkan dibawa ke mana-mana, maka senanglah ia hilang!
Namun jika IC hilang apa korang nak buat? Ini yang perlu kita semua tahu sama ada pernah hilang kad pengenalan kali pertama, kedua, ketiga atau seterusnya.
Jika korang hilang IC, tindakan perlu dilakukan secepatnya untuk mendapatkan kad pengenalan baru.
Jika korang pertama kali kehilangan MyKad, boleh memohon kad pengenalan gantian secara online tau!
Melalui penambahbaikan perkhidmatan sistem atas talian, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menawarkan perkhidmatan tersebut melalui pautan https://gantianmykad.jpn.gov.my/
Namun hanya empat jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu;
1) Gantian Kerosakan Fizikal Kad
2) Gantian Kerosakan Cip
3) Gantian Biasa
4) Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)
Baca juga Permohonan Gantian MyKad Rosak Kini Melalui Perkhidmatan Talian Telefon
Untuk memohon kad pengenalan baru secara online, boleh ikuti langkah ini;
- Semua pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mesti mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk kepada
sistem. - Bagi pendaftaran baru atau sedia ada, pada laman utama sila klik pautan “Daftar akaun sekarang” seperti yang dipaparkan (Maklumat pendaftaran akan
ditunjukkan pada halaman yang seterusnya). - Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran.
- Pengguna baru akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang didaftarkan. Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai
pengesahan pendaftaran. - Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan,
mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna. - Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
- Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Setelah pengguna berjaya log masuk,di halaman utama, pengguna akan dipaparkan rekod permohonan MyKad yang pernah dipohon secara atas talian.
- Bagi tujuan permohonan gantian. Sila klik pada Permohonan di menu utama atau pada pautan “Mohon di sini”.
- Pengguna akan dipaparkan laman Akuan Penafian. Klik pada butang “Setuju” untuk meneruskan permohonan.
- Bagi tujuan permohonan penggantian, pengguna perlu memasukkan semua butiran maklumat permohonan yang diperlukan.
- Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di redirect kan ke Payment Gateway.
- Pengguna boleh samada untuk klik pada Menu “Rekod Transaksi “ atau klik pautan klik sini untuk melihat status kemaskini permohonan.
- Sila cetak resit pembayaran dan bawa bersama untuk mengambil kad pengenalan baru korang di kaunter.
Ini pula kadar denda IC hilang atau caj membuat kad pengenalan baru;
Caj yang dikenakan bagi mengganti kad pengenalan bergantung kepada berapa kali permohonan telah dibuat.
Buat penggantian bagi kali pertama akan dikenakan bayaran RM 110.00, RM 310.00 untuk kali kedua dan RM 1010.00 bagi ketiga.
JPN mengambil berat akan isu ini dan menggalakkan orang ramai untuk menjaga dokumen tersebut sebaik mungkin.
Pada waktu PKP ini, JPN beroperasi pada waktu yang sama namun dengan pematuhan SOP yang ketat dan hanya berurusan dengan pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja.
Semoga dengan panduan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu urusan penggantian kad pengenalan yang hilang. Jangan melambatkan prosedur penggantian kad pengenalan dan ikutilah langkah di atas.
Buat laporan polis, atur temujanji dan sediakan dokumen yang diperlukan supaya urusan lebih lancar di JPN nanti.
Sila hubungi JPN untuk maklumat lanjut di talian 03-8000 8000, portal http://www.jpn.gov.my atau emel pro@jpn.gov.my
Sumber: ecentral. my