Ibu kongsi persiapan mak ayah bawa 7 anak travel ke Vietnam
Ibu Kongsi Persiapan Mak Ayah Bawa 7 Anak ‘Travel’ Ke Vietnam, Barulah Seronok
Tidak mudah untuk ibu pada tujuh orang anak untuk bercuti namun ibu ini berjaya membuktikan ia bukan perkara mustahil untuk dilakukan. Bercuti dengan tujuh orang anak terutama yang masih kecil dan seorang anak istimewa memang tak mudah.
Banyak perkara yang perlu difikirkan bermula dari itinerari sepanjang percutian, kelengkapan ketika bercuti dan banyak lagi. Persiapan untuk bercuti perlu dibuat awal supaya perjalanan lebih lancar dan teratur. Lebih-lebih lagi jika mahu bercuti ke tempat yang jauh atau ke luar negara.
Mempunyai tujuh orang puteri pastinya satu cabaran buat Shaeriani A Hamat dan suami bila nak bercuti. Namun dengan perancangan dan persiapan dibuat lebih awal, ia memudahkan Shaeriani dan pasangan setiap kali mereka hendak bercuti bersama anak-anak.
Berkesempatan membawa tujuh orang puterinya yang berumur dari 16 tahun hingga dua tahun bercuti ke Vietnam baru-baru ini pastinya satu cabaran buat pasangan ini. Tambahan pula mempunyai seorang anak Kekurangan Upaya (OKU) bersama mungkin cabaran menjadi berganda.
Namun syukur dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Segala persiapan dan perancangan awal sangat membantu urusan percutian keluarga ini ke Vietnam selama lima hari pada Februari yang lalu. – SAHIH.