IBU DAN ANAK TERSELAMAT KERETA JATUH GAUNG
IBU DAN ANAK TERSELAMAT KERETA JATUH GAUNG
JOHOR BAHRU: Seorang ibu bersama anak perempuannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di laluan bertingkat Skudai, di sini, pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Haizrul Rahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.31 pagi, sebelum sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba, terdapat sebuah kereta Proton Wira dipercayai dari arah Skudai menghala Lebuh Raya Pesisir Pantai Iskandar terbabas dan jatuh ke dalam gaung pada kedalaman 10 meter.
“Ketika anggota bomba tiba, mangsa berusia 56 tahun dan pemandu berusia 25 tahun itu selamat, sebelum mereka dikeluarkan dan diberi rawatan awal, lapor BH ONLINE
“Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 10.03 pagi tadi