IASC catat sejarah capai 100,000 jam kerja selamat dan siap awal
IASC catat sejarah capai 100,000 jam kerja selamat dan siap awal
LIPIS – IASC Holdings Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh YP Advanced Skills, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai 100,000 jam kerja selamat tanpa sebarang kecederaan yang menyebabkan kehilangan masa kerja (Lost Time Injury – LTI).
Pengerusi Lembaga Pengarah IASC, Datuk Dr. Ahmad Munawar Abdul Jalil berkata, kejayaan ini membuktikan budaya keselamatan dan disiplin kerja yang diterapkan di bawah Kumpulan Yayasan Pahang membuahkan hasil, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan IASC melaksanakan projek strategik.
”Projek pembinaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Lipis di atas tapak seluas 3.265 ekar dengan kos RM14.5 juta dijangka siap lebih awal daripada jadual, iaitu pada November 2025 berbanding Ogos 2026.
“Ia bukan sahaja memastikan kelancaran projek, malah memberi keyakinan bahawa Yayasan Pahang sentiasa komited terhadap kebajikan pekerja serta pembangunan pendidikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustafa Long; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi serta Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim.
Katanya, MTNP di Lipis dijangka memberi limpahan manfaat kepada masyarakat setempat, termasuk peluang pendidikan, penjanaan pekerjaan dan pengukuhan institusi kekeluargaan.-SAHIH.