“IA TIDAK AKAN BERAKHIR BEGINI”
“IA TIDAK AKAN BERAKHIR BEGINI”
LOS ANGELES: Tiger Woods berjanji kemalangan yang menimpanya tidak akan menjadi penamat kepada kariernya dengan berkata Ia tidak akan berakhir begini.
Legenda golf berusia 45 tahun itu menegaskan dia akan kembali beraksi.
Woods menyatakan tekadnya itu ketika teman wanitanya Erica Herman, ejen Mark Steinberg dan caddie Joe LaCava melawatnya di hospital di Los Angeles, lapor Agensi.
Menurut polis, Woods tidak mengingati apa-apa berkenaan kemalangan yang menyebabkan kaki kanannya terpaksa dimasukkan besi serta buku lalinya retak.
Bapa kepada dua anak itu sebelum ini menjangkakan dia akan kembali beraksi tahun ini selepas pulih daripada pembedahan belakang.
Menurut pihak polis Woods tidak akan dikenakan tindakan di atas kemalangan yang bukan berpunca daripada kecuaiannya.
Woods ketika itu bergegas untuk rakaman televisyen di kelab golf berhampiran Los Angeles pada pagi Isnin.