Hotel Apsara Temerloh Tampil ‘Tri-Santapan Ramadan’ Gempak, Tiga Chef Satukan Cita Rasa Melayu, Barat & Bollywood
Hotel Apsara Temerloh Tampil ‘Tri-Santapan Ramadan’ Gempak, Tiga Chef Satukan Cita Rasa Melayu, Barat & Bollywood
TEMERLOH – Program kebajikan menyambut Ramadan anjuran Hotel Apsara Temerloh menceriakan 30 anak yatim daripada Pertubuhan Anak-Anak Yatim dan Kebajikan Darul Izzah serta Rumah Anak Yatim Baitulmal Firdaus Temerloh.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Penyelaras DUN Kuala Semantan, Datuk Ridzuan Hazimin Ramli dalam satu majlis yang berlangsung penuh bermakna di hotel berkenaan.

Lebih menarik, hotel itu tampil dengan konsep eksklusif “Tri-Santapan Ramadan” yang menggabungkan tiga kepakaran chef dalam satu meja iftar, sekali gus menjanjikan pengalaman berbuka puasa luar biasa kepada pengunjung.
Konsep unik itu menampilkan Chef Zam Angkor dengan sentuhan masakan Bollywood, Chef Burner Bob (Western) serta Chef Adeq Nana yang mengetengahkan masakan tradisional Melayu.
Gabungan tiga chef berbeza kepakaran itu menjadi kekuatan utama bufet Ramadan hotel berkenaan tahun ini.
Sebanyak 80 hidangan disediakan termasuk opor daging, nasi minyak serta pelbagai juadah istimewa lain yang memenuhi selera semua lapisan masyarakat.

kanan, Chef Zam Angkor dengan sentuhan masakan Bollywood, Chef Burner Bob (Western) serta Chef Adeq Nana(tengah)
Menariknya, konsep bufet ini turut membawa maksud tersirat melalui istilah Tamil iaitu Rasika (ரசிக்க) yang bermaksud menghargai, menikmati atau mengagumi suasana dan seni, manakala Rusika (ருசிக்க) pula membawa maksud mengecap dan menikmati kelazatan makanan.
Ia selari dengan pengalaman yang ditawarkan kepada pelanggan — bukan sekadar berbuka, tetapi benar-benar menghayati suasana dan merasai keenakan hidangan.
Bufet Ramadan itu bermula 21 Februari hingga 17 Mac 2026 dengan harga RM65 bagi dewasa dan RM45 bagi kanak-kanak.

Orang ramai boleh membuat tempahan awal atau hadir secara walk-in tertakluk kepada kekosongan tempat dengan menghubungi 012-465 6591.-SAHIH
