Hotel Apsara Temerloh Anjur Bufet Ramadan Pertama Kali
Hotel Apsara Temerloh Anjur Bufet Ramadan Pertama Kali
TEMERLOH – Hotel Apsara Temerloh buat julung kalinya menganjurkan bufet Ramadan yang menampilkan lebih 60 jenis hidangan termasuk masakan tradisional Melayu, kuih-muih tempatan, makanan Barat dan India.
Marketing Manager Hotel Apsara Temerloh , Nurul shazlin samsuri, berkata penganjuran bufet ini bertujuan memberi pengalaman berbuka puasa yang unik kepada pelanggan selain memperkenalkan variasi hidangan berkualiti pada harga berpatutan.
“Kami ingin menyediakan tempat berbuka yang selesa dengan pelbagai pilihan makanan untuk memenuhi selera pelanggan dari pelbagai latar belakang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Bufet Ramadan ini ditawarkan pada harga RM55 bagi dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Hidangan yang disajikan termasuk lauk-pauk tradisional seperti rendang, ayam percik, serta aneka kuih-muih seperti seri muka dan onde-onde. Tidak ketinggalan, sajian Barat dan Indian turut melengkapkan menu untuk pelanggan yang menggemari kepelbagaian cita rasa.
Hotel Apsara Temerloh yang mempunyai 46 bilik dan satu kafe turut menyediakan dewan di tingkat tiga yang mampu menampung sehingga 300 tetamu pada satu masa.
Kemudahan ini membolehkan pelanggan mengadakan majlis berbuka secara berkumpulan atau korporat dengan selesa.
Selain itu, hotel ini turut menawarkan penginapan dengan harga bilik standard bermula dari RM100 hingga RM250 bagi pelanggan yang ingin bermalam. Bilik VIP juga disediakan untuk pengalaman penginapan yang lebih eksklusif.
Dengan kombinasi hidangan lazat, suasana yang selesa serta kemudahan yang lengkap, bufet Ramadan Hotel Apsara Temerloh dijangka menjadi pilihan utama masyarakat setempat dan pelancong sepanjang bulan puasa ini.-SAHIH