Hidapi penyakit kronik, hilang daya penglihatan, suri rumahtangga mohon bantuan
Hidapi penyakit kronik, hilang daya penglihatan, suri rumahtangga mohon bantuan
JERANTUT – Seorang suri rumahtangga, Rahimah A. Razak, 48, memerlukan bantuan untuk menampung kos rawatannya kerana tidak mempunyai pendapatan.
Rahimah yang tinggal di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini berharap orang ramai dan dermawan membantu kewangan untuk berbelanja keperluan peralatan diri, makanan dan urusan berulang alik untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Katanya, dia yang tinggal menumpang ibu bapanya di Felda tersebut berkata, penyakit yang pertama dihidapinya, iaitu kencing manis sejak 10 tahun lalu sehinggalah menyebabkan berlaku kerosakan buah pinggangnya.
“Doktor memberitahu kerosakan buah pinggang yang saya alami sudah di peringkat tahap lima dan akan menjalani dialisis dalam masa terdekat apabila pemeriksaan terakhir pada minggu ini di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.
“Susulan itu penyakit kencing manis yang semakin kronik menyebabkan saya kehilangan penglihatan di kedua belah mata sejak tiga bulan lalu,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini hari ini.
Fatimah yang tidak mempunyai zuriat berkata, semasa rawatan buah pinggang bulan lalu, doktor di HOSHAS sudah memberitahu dia perlu menyediakan kos rawatan yang agak banyak untuk menyediakan kemudahan dialisis dalam masa terdekat.
“Ekoran daripada penyakit kencing manis dan buah pinggang, saya juga disahkan oleh doktor mengalami penyakit jantung dan juga memerlukan pemantauan dan rawatan susulan,” katanya.
Katanya, kini dirinya turut mengalami komplikasi penyakit paru-paru berair sejak awal tahun ini dan sudah pun menjalani tiga kali rawatan di Hospital Bandar Pusat Jengka dan tinggal di wad selama beberapa hari.
“Penyakit ini juga menyebabkan saya kurang berselera makan dan tanpa tenaga sehingga pergerakan ke tandas dan mandi dibantu oleh suami, Mohd. Amin Yahya dan adik beradik yang tinggal serumah.
“Keadaan penyakit kronik yang dihadapi menyebabkan dia memerlukan ihsan orang ramai untuk membantu menyediakan keperluan belanja lampin pakai buang, susu, pengangkutan berulang alik ke hospital serta kebajikan tertentu,” katanya.
Katanya, suaminya berusia 63 tahun cuma menangkap ikan sungai dan menjulanya dan hanya memperoleh pendapatan antara RM20 hingga RM30 sehari, manakan mampu berbelanja bulanan menyediakan peralatan berkenaan dan makanan berjumlah kira-kira RM1,500 termasuk pengangkutan ke hospital.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghubungi Zawiyah A. Razak (adik Fatimah) menerusi talian 011-70705935 atau terus akaun Bank Islam bernombor 06055020337470 (Fatimah).-SAHIH.