HARGAI IBU DAN SYUKURI NIKMAT YANG KITA ADA
HARGAI IBU DAN SYUKURI NIKMAT YANG KITA ADA
LIPIS: Datuk Abdul Rahman Mohamad menyantuni seorang ibu tua, Makcik Khairudinah berusia 90 tahun di Taman Pertama, Kuala Lipis, semalam.
“Seronok berbual dengan orang-orang lama yang banyak cerita kisah lampau yang kita perlu hayati dan renungkan bagaimana mereka berhadapan dengan kesukaran dan kepayahan pada ketika itu berbanding golongan sekarang.
“Sewajarnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan miliki dengan kemudahan yang baik berkat kerajaan dan kepimpinan berperanan dengan berkesan untuk memajukan negara dan masyarakat,” katanya.
Katanya, perbualan itu juga turut memberi peluang kepadanya menumpang kasih ibu, kepada yang masih ada ibu sanjungi mereka, lawati mereka kerana anda masih beruntung mempunyai ibu.
Sementara itu, seramai 60 orang menerima sumbangan sempena sambutan Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan bandar, semalam.