GURU TAKMIR PANTAU MUALAF ASLI .
Bagi memastikan pendekatan agama Islam dapat disampaikan secara berterusan terutama kepada masyarakat Orang Asli, guru-guru takmir akan dihantar ke setiap perkampungan masyarakat itu di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan lanjut mengenainya sedang dilakukan dan ia dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Jelas beliau, program terbabit tidak hanya tertumpu kepada masyarakat orang asli tetapi juga kepada banduan dan golongan yang memerlukan pendedahan mengenai Islam.
“secepat mungkin, in shaa allah.. tak ada masalah. saya perlu bincang dengan pihak jakim dan negeri untuk menyusun atur dan kami ada kecaknaan kepada beberapa tempat terutamanya daripada orang asli trmasuk juga banduan-banduan dimana kadir jakim tak mencukupi kerana jumah mereka terlalu ramai.
Tambahnya, program secara holistik itu akan melibatkan guru-guru takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri.
Beliau dalam pada itu turut meminta guru-guru takmir untuk turut sama menyantuni dan menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat orang asli, terutama melibatkan ilmu fardhu ain dan perkara asas bagi seorang muslim.
Beliau berkata demikian pada program Kembara Kasih Mualaf di Kampung Kuala Boh, Cameron Highland, Pahang.
Sementara itu beliau berkata, program kembara anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pejabat Agama Islam daerah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) itu, cukup baik dalam memberi pendedahan agama selain mewujudkan keakraban.
Katanya, program sama dijangka akan diperluas ke Sabah dan Sarawak, dalam usaha memastikan seluruh masyrakat beragama Islam dapat mengamalkan rutin dan fahaman seperti yang disyariatkan dengan baik.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Kuala Boh, Masnan Nordin berkata, program terbabit cukup bermanfaat buat dirinya dan 400 orang penduduk yang juga saudara baru di kampung itu dalam mendalami ilmu agama.
“jadi kemudahan dalam kampung ni tak ada masalah sebenarnya.. bab-bab kteorg semua dah ada imam masjid ada, wali hakim pun ada, bab-bab mengurus jenazah tak de masalah.. dar segi kemudahan bab-bab agama tak ada masalah cuma kteorg kekurangan ilmu sebenarnya, ilmu kteorg tak ada pendedahan sebenarnya.”
Beliau dalam pada itu berharap, agar pihak-pihak berkaitan dapat memantau dan memberi pendedahan Islam secara berterusan di kampung terbabit.
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH