GURU SK ULU TEMBELING BERPERAHU EDAR MODUL PDPR
GURU SK ULU TEMBELING BERPERAHU EDAR MODUL PDPR
USAHA ITU BAGI MEMASTIKAN ANAK ORANG ASLI TIDAK KETINGGALAN DALAM PELAJARAN
JERANTUT: “Guru guru terpaksa hantar sendiri modul Pengajian dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ke rumah murid walaupun terpaksa perahu meredah sungai Tembeling selama 20 minit bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.
“Usaha itu di ambil kerana bagi kawasan pedalaman di Ulu Tembeling, walaupun ada rangkaian telepun selular tetapi liputannya tidak meluas dan sering terganggu serta tidak stabil,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling, Ahmad Zaki Kassim.
GAMBAR IHSAN GURU BESAR SK ULU TEMBELING
Beliau berkata pengajaran online tidak dapat dijalankan sepenuhnya, disebabkan capaian internet tidak stabil selain ramai keluarga tidak mempunyai telepon pintar.
Menurutnya, sekolah ini yang terletak di kampung Bantal, Ulu Tembeling mempunyai 91 murid termasuk 21 orang murid Orang Asli.
“Sebelum ini sebahagian besar murid Melayu tinggal di asrama, kerana rumah murid terletak jauh dari kawasan sekolah.
“Murid Orang Asli di sekolah ini, semuanya tinggal di perkampungan Orang Asli di Sungai Kuching yang hanya boleh dihubungi dengan laluan sungai sahaja dan guru di sini terpaksa menaiki bot untuk menghantar modul PdPR ke rumah mereka,” katanya.
GAMBAR IHSAN GURU BESAR SK ULU TEMBELING
Ahmad Zaki berkata, terdapat seramai 21 murid dari tahun satu hingga enam murid Orang Asli dari suku kaum Semaq Beri.
Beliau berkata, bagi murid lain yang tinggal berhampiran sekolah, ibubapa mengambil sendiri modul PdPR di sekolah dan yang jauh guru guru turut menghantarnya ke rumah.
“Sekolah ini mempunyai seramai 17 guru, di mana tujuh guru menemui penduduk Orang Asli, manakala guru lain berjalan kaki atau bermotorsikal berkunjung ke rumah penduduk lain di kampung berhampiran untuk menghantar PnPR kerana tiada kemudahan jalan raya,” katanya.
Sementara itu, seorang guru tahun enam, Marliyana Mohd Norrollah berkata misi guru SK Ulu Tembeling menghantar modul PdPR kepada murid asli Kampung Orang Asli Sungai Kuching, adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.
“Dalam masa yang sama juga kami guru guru dapat berkenalan dengan ibubapa mereka dengan lebih dekat dan berbincang mengenai pelajaran anak mereka,” kata guru Matematik tahun enam ini.
GAMBAR IHSAN GURU BESAR SK ULU TEMBELING
Bagi cikgu Fauzan Md Tahib , usaha ini diambil, disebabkan masalah talian internet di kampung Orang Asli Sungai Kuching, di mana guru mengambil inisiatif menghantar modul PdPR ke rumah 21 orang murid asli dan modul itu akan dikutip dan diganti setiap minggu.
Katanya, perjalanan ke Kampung Orang Asli Sungai Kuching perlu menaiki bot selama 20 minit kerana tiada jalan darat dari Kampung Bantal.
Beliau berharap dengan dengan usaha ini, sekurang kurangnya murid asli tidak ketinggalan dalam menjalani pembelajaran secara PdPR.
Sementara itu bapa pelajar, Almi Cayong, 35, berkata usaha guru SK Ulu Tembeling menghantar sendiri modul ke perkampungan itu amat dihargai bagi memastikan tiada pelajar ketinggalan dalam mengikuti PdPR.
GAMBAR IHSAN GURU BESAR SK ULU TEMBELING
“Sebagai bapa tentulah saya mengambil berat hal pembelajaran anak, tetapi jarak sekolah yang jauh menyukarkan kami ke sekolah untuk mengambil modul pembelajaran, tambahan lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.