Guru pulang beraya dari hutan
Guru pulang beraya dari hutan
PETALING JAYA – Melihat kepada perjalanan orang ramai bagi menyambut hari raya yang dijangka Selasa ini, rata-rata selesa dengan kenderaan masing-masing.
Ada yang kongsikan perjalanan balik kampung yang memakan masa sehingga 10 jam, manakala ada juga yang berehat panjang di pertengahan perjalanan.
Namun lain pula perjalanan yang ditampilkan daripada sekumpulan guru yang mengajar di sebuah sekolah di pedalaman di Kelantan.
Menerusi satu klip video yang dikongsi pengguna yang menggelarkan dirinya sebagai Ben Zaid, sekumpulan guru dari sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan sedang bersiap untuk pulang ke kampung.
Berbeza daripada orang lain, mereka terpaksa meredah hutan belantara dengan laluan keluar masuk lori balak dengan menaiki motosikal masing-masing.
Mereka merupakan tenaga pengajar dari Sekolah Kebangsaan Balar, Gua Musang yang terpaksa mendidik anak murid dari beberapa perkampungan Orang Asli di situ.
Rata-rata orang ramai turut memuji dengan semangat yang ditunjukkan oleh kumpulan guru tersebut.
“Tengok jasa guru macam ni, terpaksa redah hutan untuk mengajar anak murid mereka. Hebat betul mereka semua, selamat hari raya guru terbaik, ” jelas Izwan Ez.
“Cikgu lain selesa balik kampung dalam kereta ‘berekon’, mereka berpanas dan redah bahaya. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang tahu, ” jelas Mas Turah.
Sumber – KOSMO! ONLINE