GURAUAN MAIN TEMBAK-TEMBAK BERTUKAR TRAGEDI
GURAUAN MAIN TEMBAK-TEMBAK BERTUKAR TRAGEDI
SIBU: Gurauan main ‘tembak-tembak’ seorang anggota polis bertukar menjadi tragedi apabila tertembak rakannya yang berasal dari Bukit Damar, Lanchang, Pahang dan maut di tempat kejadian di sini, pada jam 7.20 petang, semalam
Mangsa yang maut, Norhalim Tumiran, berusia 24 tahun yang bertugas di Ibupejabat Polis Daerah Sibu Satu sebagai anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, suspek yang berusia 28 tahun, dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertekan picu dan tertembak bahagian sebelah kanan kepala mangsa.
“Ketika kejadian, saya sedang mencuci motosikal di luar rumah, manakala mangsa sedang duduk bermain permainan komputer di ruang tamu.
“Suspek yang berada dari biliknya dan keluar ke ruang tamu sambil bergurau mengacukan pistolnya ke arah mangsa sebelum tertembak,”katanya.
Ketua Polis daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit menerima laporan kejadian tersebut yang berlaku di Lorong Permai Timur 9, di sini,kira-kira jam 7.00 petang.
“Pasukan penyiasat telah bergegas ke tempat kejadian, perkembangan lanjut akan dimaklum kemudian,” katanya.-SAHIH.