Guna Media Sosial Untuk Kuatkan UMNO
Guna Media Sosial Untuk Kuatkan UMNO
JERANTUT – Setiap ahli UMNO perlu mahir menggunakan media sosial untuk membantu memperkukuhkan semula parti.
Saranan itu disuarakan calon ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Murad Mat Hassim @ Idris.
“Cadangan ini adalah berdasarkan perkembangan teknologi yang begitu pantas sejak tahun 2000.
“Dalam masa 23 tahun, kita dapat lihat sendiri kemunculan pelbagai aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok.
“Semua ini penting dan perlu dikuasai ahli UMNO jika mahu bersaing dengan parti lain,” katanya.
Ahmad Murad yang juga pakar sistem telekomunikasi berkata, penguasaan media sosial juga boleh mempengaruhi golongan remaja dan belia dalam membuat pilihan untuk menyokong parti yang mereka suka.
“Kita boleh tengok ketika PRU15 yang lalu, ada parti tertentu menggunakan media sosial untuk berkempen dan hasilnya sangat mengejutkan.
“Jadi, ahli UMNO Jerantut juga perlu mahir dan memanfaatkan teknologi melalui penggunaan media sosial untuk memenangi hati rakyat, termasuklah golongan muda,” katanya.
tamat-SAHIH