GUARANA MALAYSIA GEGAR SABAH
GUARANA MALAYSIA GEGAR SABAH!
KUALA LUMPUR – Rakyat Sabah bakal merasai sendiri kehebatan Guarana Malaysia apabila jenama tempatan itu menyertai Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang bakal berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos ini di Sabah International Convention Centre (SICC).
Menerusi penyertaan khas di Booth Cupana, pengunjung bukan sahaja berpeluang mencuba sendiri produk berasaskan guarana, malah turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk pendaftaran SuperApp, memutar Roda Ganjaran, serta bertemu secara langsung dengan pengasas produk dan peladang inspirasi dari seluruh negara.
“Dari ladang ke pentas negara — anda sebahagian dari sejarah Guarana Malaysia!” itulah slogan yang dibawa pasukan Cupana dalam mempromosikan khasiat guarana, tumbuhan luar biasa dari hutan Amazon yang kini dikomersialkan secara besar-besaran di Malaysia.
Guarana terkenal dengan kandungan antioksidan tinggi yang mampu memberi tenaga, meningkatkan fokus minda, mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung, serta sesuai untuk diminum oleh semua peringkat umur pada bila-bila masa.
Menariknya, guarana telah lama diamalkan oleh masyarakat pribumi di Brazil yang terkenal dengan tahap kesihatan luar biasa dan jangka hayat yang panjang – bahkan dikatakan ramai yang mampu hidup sehingga melebihi usia 100 tahun secara purata.
Menurut Dato’ Paduka Syed Isa Syed Alwi
merupakan Chief Operations Officer Cupana Group, sambutan luar biasa daripada pengguna di Semenanjung telah mendorong mereka untuk melebarkan sayap ke Sabah sebagai sebahagian daripada misi memperkenalkan manfaat guarana kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ini bukan sekadar minuman, tetapi gaya hidup sihat yang kami ingin sebarkan. Datang dan alami sendiri revolusi tenaga semulajadi bersama kami!” katanya.
Untuk maklumat lanjut dan peluang pelaburan, layari www.cupana.com.my.-SAHIH