GIROUD MAKIN TERSISIH
WAJAR TIMBANG SEMULA MASA DEPAN BERSAMA CHELSEA
LONDON: Penyerang Chelsea, Olivier Giroud wajar memikirkan semula masa depannya di Stamford Bridge selepas beberapa kali tidak diberi peluang beraksi penuh 90 minit dalam saingan musim ini, lapor Daily Star.
PENYERANG sensasi skuad Kebangsaan Perancis, Olivier Giroud bukan lagi pilihan utama Chelsea
Sepanjang kariernya di Stamford Bridge, Giroud mempamerkan prestasi terbaik selaku penyudah gol berkesan, sekali gus menarik perhatian beberapa jurulatih ternama di kelab-kelab Eropah yang lain.
Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Frank Lampard tampak tidak gemar menggunakan khidmat Giroud seperti yang dilakukannya pada hujung saingan liga musim lalu.
Sebaliknya, Lampard dilihat gemar menggunakan taktik serangan pantas menerusi khidmat Timo Werner, Tammy Abraham dan Hakim Ziyech.
BINTANG baru The Blues, Hakim Ziyech
Situasi sedemikian menggambarkan khidmat Giroud semakin tidak diperlukan di Stamford Bridge dan ia menjejaskan peluang penyerang itu untuk beraksi bersama skuad Perancis dalam kancah Kejuaraan Eropah.