GERAI BAWAH POKOK BUCIDA
Gerai bawah pokok bucida di tepi jalan ke kawasan Perumahan Awam Kos Rendah Peringkat 3 dan 4 Jerantut menjadi lokasi damai dan tenang di bawah pepohon busida yang rendang dan redup.
Sambil menikmati mee kari, mee sup, laksa dan makan nasi berlauk disertai minuman cendol pelbagai citarasa. Berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak menambah santai.