Geng Heri terlibat dalam kes samun bersenjata berjaya diberkas.
Foto : Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman (4 dari kiri) berkata, kesemua yang ditangkap terlibat dalam satu kes samun bersenjata yang dilakukan di sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pada 29 Oktober 2024, kira-kira jam 1.45 pagi.
Geng Heri terlibat dalam kes samun bersenjata berjaya diberkas.
BENTONG – Lima orang ‘Geng Heri’ berjaya diberkas manakala seorang suspek terbabit masih lagi diburu oleh Pasukan Polis Jabatan Siasatan Jenayah Pahang (JSJP).
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua yang ditangkap terlibat dalam satu kes samun bersenjata yang dilakukan di sebuah kedai runcit yang terletak di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pada 29 Oktober 2024, kira-kira jam 1.45 pagi.
Katanya, modes operandi itu, suspek ‘berlakon’ sebagai anggota polis dengan menggari mangsa seorang lelaki warga negara Bangladesh sebelum berjaya melarikan wang tunai RM8,000 hasil jualan kedai itu serta sebuah telefon bimbit dan mengalami kerugian berjumlah RM9,500.
“Mangsa (warga Bangladesh) telah membuat laporan polis mendakwa dia telah disamun oleh sekumpulan lelaki di kedai runcit tersebut semasa mangsa berada di dalam kedai itu.
“Hasil daripada risikan dan maklumat awam, pada 8 Disember hingga 15 Disember, JSJP telah membuat tangkapan ke atas lima lelaki Melayu antara 27 hingga 34 tahun dalam beberapa siri serbuan dan tangkapan di sekitar Gombak dan Selayang,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Bentong, hari ini.
Katanya, seorang lagi suspek masih diburu pihak polis bernama Mohd Faizal Supriadi yang juga dikenali Peja berusia 33 tahun yang terkait dengan kumpulan itu.
Yahaya berkata, dalam beberapa siri serbuan itu, pihak polis berjaya menemukan dan merampas dua pucuk pistol jenis Pietro Beretta dan jenis CZ 75D Compact berserta kelopak dan sarung berwarna hitam.
“Selain itu, turut merampas pistol angin warna hitam serta kelopak Detonics 45.; satu plastik lutsinar mengandungi 15 butir peluru 9MM Thai ARMS dan 21 peluru 9 MM Luger serta satu plastik lutsinar mengandungi 26 butir peluru .38 USA.
“Satu kelopak (magazine) kosong warna hitam, satu plastik berisi bebola besi (ball bearing) turut ditemui,” katanya.
Katanya, tiga bilah kerambit, sebilah pisau berhulu warna kuning, satu kotak hijau berisi manik dan sebuah motosikal Yamaha 135 LC warna hitam biru serta topi keledar warna hitam.
“Ujian air kencing ke atas semua suspek telah dibuat dan empat daripada mereka positif dadah jenis Amphetamine.
“Semua ditahan reman sehingga 17 Disember dan 20 Disember. Mereka terlibat kes memiliki senjata api, dua pucuk pistol dirampas diperolehi dari negara jiran pada tahun 2022,” katanya.
Katanya, semua yang ditangkap disiasat di bawah kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai selama 20 tahun dan sebatan.
“Semua yang ditangkap turut di letakkan di bawah Seksyen 170 KK kerna menyamr sebgi penjawat awam iaitu polis.
“Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru hidup , Seksyen 8 kta Senjataapi (penalty Lebih Berat) 1971 atas kesalah memiliki dua pucuk pistol dan Seksyen 6 Aakta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan senjata berbahaya 1958 atas kesalahan memiliki kerambit,” katanya.
Sumber : Berita Harian