GENERASI MUDA WAJAR HAYATI RUKUN NEGARA
GENERASI MUDA WAJAR HAYATI RUKUN NEGARA
MENJELANG sambutan bulan dan hari kebangsaan negara yang ke-64 pada bulan Ogos ini, sewajarnya semua rakyat Malaysia perlu menghayati bait-bait yang terdapat di dalam Rukun Negara.
Semasa awal pengenalan Rukun Negara pada tahun 31 Ogos 1970, generasi ketika itu menghafalnya dan kerap dibacakan di perhimpunan rasmi sekolahdan juga di majlis-majlis rasmi kerajaan.
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan malaysia dibentuk oleh majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ungkapan yang perlu dibaca ialah; BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut;
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,
KELUHURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Oleh itu di dalam masyarakat berbilang kaum, seharusnya semua perlu memahami dan menghayati Rukun Negara, khususnya generasi muda yang seakan semakin jauh daripada ilham Rukun Negara itu sendiri.-SAHIH.