Gandingan Mantap Wakil UMNO Jerantut Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah
Gandingan Mantap Wakil UMNO Jerantut Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah
JERANTUT – Seramai enam wakil UMNO Bahagian Jerantut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Daerah Jerantut (MDJ) bagi penggal baharu dalam satu majlis penuh istiadat baru-baru ini.
Antara yang dilantik ialah YH Dato’ Rozilan Salleh, Tn. Mohd Adil Mohd Zain, YH Dato’ Abdullah Lebai Din, YH Dato’ Wan Zamzuri Wan Hasenan, Pn. Faezah Ishak dan Pn. Hjh Rodziah Mohd Razali.
Pelantikan mereka disifatkan sebagai satu pengiktirafan terhadap kredibiliti dan semangat khidmat kepada masyarakat.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, pelantikan tersebut adalah bukti kepercayaan terhadap barisan kepimpinan UMNO yang diketuai oleh Ketua Bahagian, Haris Salleh.
“Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang dilantik. Mereka ini sangat berwibawa dan mempunyai ketokohan tersendiri dalam mengalas tanggungjawab dengan cemerlang,” katanya.
Beliau turut yakin bahawa gandingan mantap ini mampu mengharumkan nama Jerantut di peringkat negeri dan nasional.
“Pelantikan ini juga mencerminkan kepercayaan penuh daripada YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Ia satu amanah besar yang harus dipikul dengan penuh keikhlasan,” tambahnya lagi.
MDJ diharap terus cemerlang dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan, seiring aspirasi rakyat.
Kesemua Ahli Majlis diseru agar menjalankan tugas dengan iltizam tinggi demi kemajuan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
“Amanah ini satu ujian, bukan sekadar jawatan. Teruskan berkhidmat untuk rakyat,” ujar Razak mengakhiri perbualan.-SAHIH